Advertisement

Document Translation

English to Malay and Malay to English Translation Service -

Perkhidmatan menterjemah Bahasa Melayu kedalam

Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris kedalam Bahasa Melayu

http://translate-malay-english.blogspot.com/

RAHSIA TABIAT WANITA

Pada zaman dahulu,wanita itu dikatakan tergolong kepada salah satu dari sepuluh tabiat haiwan. Pengetahuan ini bukanlah untuk merendahkan martabat wanita, tetapi hanyalah salah satu kepercayaan orang di masa lampau.

TABIAT ULAR

Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.

TABIAT TIKUS

Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.

TABIAT KERA

Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.

TABIAT SERIGALA

Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.

TABIAT ANJING

Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.

TABIAT KELDAI

Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.

TABIAT KHINZIR

Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.

TABIAT UNGGAS (BURUNG)

Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.

TABIAT KALA

Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.

TABIAT KAMBING

Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.


Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Rahsia Warna Kegemaran Secara Umum

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Rahsia Warna Untuk Kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Rahsia Sifat Wanita Menurut Primbon Jawa

Dalam memilih bakal isteri, masyarakat Melayu dahulu kala menggariskan beberapa falsafah bagi mengenal sifat-sifat batiniah wanita berdasarkan kejadian tubuh badannya. Pengetahuan ini adalah berasaskan kitab Primbon Jawa dimana ilmu ini diturunkan secara lisan dari guru kepada muridnya. Segala catatan ini adalah untuk menambah pengetahuan semata-mata.

Beras Tumpah
Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga ada tahi lalat.
Dia lekas nak darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

Bintang Kesiangan
Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis mata redup seperti mengantuk.
Dia senang bersama dan mesra dengan suami.

Durgasari
Muka bujur telur berwarna sedikit keemerahan, leher jinjang.
Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong.

Silasari
Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil, tahi lalat di cuping telinga.
Suka naik darah dan pemboros

Emping hijau
Kulit gelap, rambut hitam lembut, muuka panjang, badan tegap,kaki kecil dan kering, kuku panajng dan kecil.
Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya.

Matahari Jatuh
Kulit kuning, urat nampak hijau, aliis lentik, mata redup, wajah manis.
Sabar, bertutur dengan berhati-hati,, berbudi bahasa, dapat menerima dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki.

Puspa Mekar
Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang.
Dia dapat melayani kehendak suami.

Galak Ulat
Kulit kuning, rambut keras dan luruss, hujung rambut warna merah.
Dia sering menolak kehendak suami.

Gandasari
Kulit kuning, rambut hitam berkilat,, leher agak pendek , gerak tubuh seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis dipandang.
Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam melaksanakan kewajipan.

Sinar Kencana
Duduknya tenang, agak pendiam, berkuulit gelap, rambu lembut, hitam dan halus, bertubuh besar.
Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati.

Sirih Terlentang
Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji

Bunga Lawang
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar, sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana.
Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.

Matahari Terbenam
Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis mata tebal.
Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai sebagai sahabat.

Sari Maya
Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan.
Tak pandai meminta2, menerima apa sahaja keadaan,taat perintah Allah.

Kunci Kencana
Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek.
Dia amat bosan kepada suami.

Rahsia Sifat Lelaki Berdasarkan Rambutnya

1) RAMBUT LURUS

- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO

- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL

- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN

-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

Rahsia Sifat Lelaki Berdasarkan Pasangan Pilihan

Sally Beck,seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri. Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan mereka sendiri iaitu:

1. Wanita Gemuk

Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.

2. Wanita Bertubuh Sederhana

Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk memuaskan perasaan pasangannya.

3.Wanita Kurus

Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.

4. Wanita Berbuah Dada Besar

Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan di dalam kehidupan.

5. Wanita Berbuah Dada Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang bernas.

6. Wanita Berpunggung Besar

Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.

7. Wanita Berbetis Besar

Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.

8. Wanita Berbetis Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian orang lain.

Rahsia Psikologi Warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU & HITAM

1.KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan


Blogspot Template by Isnaini Dot Com Powered by Blogger and Job Search